Dalam Kecerian Ada Kedukaan....

Dalam Kecerian Ada Kedukaan ft. Tawa Dalam Tangisan...

Hidup aku terlalu banyak ku rahsiakan...Dalam keriuhan dan kenakalan dalam hari-hariku......tapi sebenarnya jauh dalam diriku....hati ku begitu lemah.....Banyak pengorbanan yang telah ku lakukan....Pergolakkan dalam keluarga banyak mengajar erti hidup kepadaku....erti kasih sayang/erti bertolak ansur/ erti kesabaran/erti kedewasaan/erti kematangan.......aku tak mahu mengulangi apa yang dah berlaku dalam keluargaku....aku juga tidak mahu hidup orang-orang yang ku sayang menangis dan derita...seperti mana aku dan keluargaku alami.....perasaan "tersepit" ditengah kasih sayang yang telah terbahagi dua,amat menyiksakan.....walau amat menyiksakan sekalipun...akan ku pendam supaya tidak terlakar diwajah.....kini ku membawa haluanku sendiri dalam meniti membina keluarga sendiri....aku berharap adik2 ku juga akan berjaya mengharungi kesuraman ini dan memahami keadaan....dan mengetahui aku amat menyayangi mereka......
Kawan2 lah yg boleh ilangkan segala kekusutan dan tekanan yg ku alami....
Kawan menjadi keutamaan kedua dlm idupku selepas adik2 ku....dalam keutamaan itulah....aku sanggup korbankan cinta kerana persahabatan......melihat kebahagian kawan menjadi pengubat kedukaan.....w/p pedih menelan pahit....kita harus positif....dari terputus persahabatan....alangkah lebih elok mendapat persahabatan dari kedua-duanya.....kerana hanya rakan2 ku disekelilingku mampu membuat ku alpa akan keperitan....
Hidup akan ku teruskan dan membawa segala "bekalan" untuk tidak berulang kembali...cukup...cukuplah sekadar aku yang merasa....Aku akan pastikan aku akan berjaya kelak dalam mengubah dan membaiki kelemahan dlm keluargaku.....ini janjiku.................

2 Comments:

maz said...

walawei...ashtray la ko..

RIZALY said...

ish..isk..isk..aku berasa cdih membaca isihati ko tu..
ape yg aku leh bantu ko..mybe dr segi kaunseling kot..
huhhu..budak FMS kan ader....elelele....