4 Isteri
- Apabila berbual,becakap @berbincang,gunakan hubgan mata,gerak hati,pegang tangan erat-erat,duduk rapat2,baring bersama dan bernafas serentak,ajak@biarkan pasangan berbaring di atas ribaan.
- Cuba masak yg paing sdp utk suami stiap masa.Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.
- Temankan pasangan apabila melakukan kerja bersendirian pd waktu malam
- Letakkan brg2 keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.
- Tlg bawa brg walaupun suami kita mampu membawanya.
- Bacakan berita yg menarik perhatian pasangan @buat keratan berita yg disukainya drpd majalah@akhbar.
- Mengemas tempat tidur umpama baru kahwin.
- Ceritakan mengenai kerenah anak yg mmbuatkan anda gembira @ geli hati kpd pasangan.
- Usah dera pasangan secara fizikal @ batin.
- Tunjukkan minat mengenai perkara yg dilakukan pasangan,kerja yg dibuat dan org yg ditemuinya.
- Apabila pasangan kurang sehat,berikan perhatian sewajarnya,Manjakan pasangan spt kita manjakan anak.
- Beri tndk bls positif apabila mendengar pasangan bercerita.
- Masuk tidur bersama-sama pasangan.Jika kita ingin tidur dahulu,minta kebenaran drpd pasangan.
- Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas.
- Cuba ketawa apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yg melucukan.
- Ucapkan terima kasih atas setipa khidmat pasangan.
- Cari masa utk berdua-duaan sekali skala.
- Berkelah bersama
- Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat(tanpa pengetahuannya)
- Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.
- Cuba berikan apa2 yg pasangan hajati.
- Nyatakan yg anda merinduinya apabila berjauhan.
- Sesekali buat kuih kegemaran suami.
- Beribadah @ Beriadah bersama2
- Usah menguhukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.
- Maafkan pasangan jika dia terlupa berbuat sesuatu untk anda.
- Minta maaf denga segera jika melukakan hatinya.
- Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggan membantu.
- Apabila Suami meminta maaf,terima dengan kasih syg.Usah jual mahal sangat.Ingat,kebanyakkan suami berasa sukar utk meminta maaf drpd isteri.
- Pamerkan keseronokkan apabila hubungan intim.
- Tunjukkan simpati dan bantu pasangan mencari brg yg hilang atau tersilap letak.
- Nyatakan dengan hikmah kpd suami jika anda tidak menggemari pilihannya sept pakaian,tempak makan,lauk pauk dan destinasi percutian.
- Berkongsi persaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya,
- Jangan menggesa suami melakukan sesuatu yg sememangnya ingin dilakukannya kerana ini boleh menyebabkan sumai tawar hati.
- Elak memberi penjelasan dengan panjang lebar.Suami sering melenting apabila ister"bersyarah" panjang lebar kerana ini menunjukkan seolah-olah isteri tidak percaya pada suami.
- Elak menjadikan suami berasa tidak mampu,tidak latak dan tidak berkebolehan.
- Ramai suami seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri.Jesteru,isteri perlu sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas daripada suami.Kebanyakkan suami kuerang bercakap dengan isteri.
- Jangan cabar pasangan.
- Apabila perselisihan faham atau bertengkar,fokus pada masalah yg sedang dibahaskan dan usah ungkit perkara lalu.
- Beri dan perbaharui kepercayaan kpd pasangan sepenuhnya setiap masa.Jangan suka mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.
- Jangan ingakr tentang perkara yg telah dipersetujui.Pasangan akan berkecil hati jika anda menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak sept dipersetujui bersama.
- Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami.Justeru fahami hakikat bahawa kebanyakkan suami mengalami kesukaran memahami isteri.
- Cemburu tanda syg....tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan menjadi rimas dan serba salah.
- Untuk merangsang suami,pamerkan kasih sayang dan puji selalu.
- Elak menasihat suami jika tidak diminta.Isteri meminta nasihat untuk bermanja tetapi bagi suami,itu satu kelemahan.
- Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yg menyakiti hati,adalah lebih baik untuk mencari kepastian daripadanya.Usah membuat tanggapan sendiri yang mungkin tersilap.
- Selepas berusaha bersungguh-sungguh,berdoa dan bertwakal kepada Allah SWT semoga hidup kita bahagia di dunia dan akhirat.
4 Si Suami
- Apabila berbual,becakap @berbincang,gunakan hubgan mata,gerak hati,pegang tangan erat-erat,duduk rapat2,baring bersama dan bernafas serentak,ajak@biarkan pasangan berbaring di atas ribaan.
- Latih diri memuji masakan isteri kerana Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengkritik masakan isteri.
- Temankan pasangan apabila melakukan kerja bersendirian pada waktu malam.
- Cari barang2 keperluan sendiri di tempat kebiasaan tanpa bertanya-tanya kepada isteri.
- Suami seharusnya bawa barang berat walaupun isteri mungkin lebih kuat daripada kita.
- Tolong isteri mengemas katil dan kamar tidur.
- Usah dera pasangan secar fizikal atau batin.
- Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan isteri seperti kerja yang dibuat dan orang yg ditemui.
- Beri tindak balas positif apabila mendengar pasangan bercerita.
- Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.
- Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat(tanpa pengetahuannya)
- Cuba berikan apa2 yg pasangan hajati.
- Nyatakan yg anda merinduinya apabila berjauhan.
- Sekali sekala bawa pulang kuih kegemaran isteri.
- Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.
- Maafkan pasangan jika dia terlupa berbuat sesuatu untuk anda.
- Minta maaf dengan segera jika melukakan hatinya.
- Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggan membantu.
- Suami perlu membiasakan diri memohon maaf kpd isteri.
- Suami perlu bermesyuarat dengan isteri sebelum membuat pilihan atau keputusan.
- Suami jangan cepat tawar hati jika isteri menyuruh anda melakukan sesuatu yg sememangnya ingin anda lakukan.
- Suami perlu memahami hakikat bahawa isteri selalunya terperinci.Bersabarlah apabila isteri "bersyarah" memberi penjelasan.
- Elak menjadikan isteri berasa tidak mampu,tidak latak dan tidak berkebolehan.
- Bertindak balaslah dengan seberapa aktif yang boleh jika isteri bercerita.
- Beri dan perbaharui kepercayaan kpd pasangan sepenuhnya setiap masa.Jangan suka mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.
- Amat-amatilah isteri setiap hari kerana lambat laun anda akan lebih memahaminya.
- Suami perlu berlajar mecurahkan perasaan cinta,kasih dan syg sebanyak mungkin kepada isteri.
- Cemburu tanda syg....tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan menjadi rimas dan serba salah.
- Suami perlu merangsang dirinya untuk sentiasa mempamerkan kasih syg.
- Suami perlu menasihati isteri dengan lembut tetapi tegas.
- Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yg menyakiti hati,adalah lebih baik untuk mencari kepastian daripadanya.Usah membuat tanggapan sendiri yang mungkin tersilap.
- Selepas berusaha bersungguh-sungguh,berdoa dan bertwakal kepada Allah SWT semoga hidup kita bahagia di dunia dan akhirat.
Ini adalah untuk panduan bersama untuk org yg kita amat kasihi...peliharalah hubungan yg terjalin.
1 Comments:
wahh..bagus2.aku copy n paste letak kat dlm pendrive.. :)
Post a Comment